Sunday, 10 March 2013

Pertandingan hafazan kategori DEWASA!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
tak jawab dosa,huh!

Pada suatu hari,seorang dewasa wanita yang berumur 17 tahun 2 bulan telah menyertai sebuah pertandingan hafazan.Ini semua atas desakan ibunya.Bukan kehendak dirinya.Kerana dia tahu suaranya mampu menggegarkan dunia-menghadirkan ribut.Tetapi dia terima atas alasan tak salah aku cuba,inikan perkara baik dan berpahala.

Undian kelapan dari sepuluh peserta yang sepatutnya hadir.Namun menjadi undian ke-6.Kerana peserta-peserta yang tidak hadir.Mungkin tak jumpa jalan.Mungkin nama mereka hanya hiasan untuk memenuhkan borang.Surah Al-Insaan ayat 17-33 menjadi hafalan.Tersemat di dada wanita itu.Berdebar.Takut. Perasaan itu menemaninya waktu menunggu giliran.

Peserta pertama seorang wanita veteran yang tidak diketahui umurnya.Tidak pula ditanya tentang itu.Soal umur ini agak sensitif bagi kaum hawa.Ya kah?Suara peserta sulung itu lantang.Ada juga tersekat.Tetapi secara keseluruhannya boleh-lah,kata orang muda.Peserta kedua juga begitu.Bersuara lantang.Begitu juga yang ketiga dan seterusnya.Wanita dewasa 17 tahun 2 bulan itu keliru.Perlukah aku melantangkan suaraku.
Ah!yang penting hafaz bukan suara.Wanita itu menbuat konklusinya sendiri.

"dijemput peserta yang mendapat nombor lapan"

Dialah wanita dewasa itu.Berjalan dengan penuh yakin ke sebuah meja kosong.Tempat peserta diuji.Hakim kelihatan terkejut.Mungkin wanita itu terlalu cantik?tidak mungkin.Mungkin mereka kira wanita itu tersalah kategori.(kategori sekolah rendah di blok seberang,dik)

Dengan lafaz basmallah,mulutnya dibuka.Suaranya keluar tanpa dilihat.Maklumlah,suara itu abstrak.Anda bisa melihat suara?kalau anda boleh,sila banyakkan doa.Sebelum 'benda-benda' lain yang tidak terlihat tetapi anda sebaliknya.Nauzubillah.Suara hanya boleh didengar.Kan?Bacaan ayat suci surah al-insaan itu lancar dibaca oleh wanita itu.Alhamdulillah.Setelah selesai:

"nombor satu,dua atau tiga,akulah tu",terdetik di fikiran wanita itu yakin.

Mungkin semua peserta lain diberhentikan bacaan mereka oleh juri kerana terdapat kesalahan.Keyakinan wanita itu hadir dengan 'ke-sya-syu-lan' peserta lain.

Detik yang dinanti tiba jua.Acara penyampaian hadiah.Tempat kelima menjadi milik wanita itu.Kecewa.Tidak adil.Pengacara majlis salah baca.Juri salah kira.Alasan-alasan ini berlegar-legar di kepala.Namun apakan daya,ayat cliche, keputusan juri adalah muktamad.

Pertandingan hafazan adalah sebuah pertandingan.Suara.Fasih.Banyak faktor diambil kira.

Shift the blame to someonelse.Itulah yang kita lakukan.Selalunya.Bila apa yang kita mahu,tidak dapat dipenuhi.

Moral of the story:sometimes we think that we are well prepared,we will be alright,we will be fine,nothing gonna happen to us,but suddenly,when our plan doesnt happen according to the plan...our patience are fully tested!

Thats make us a human.Wasalam.




1 comment:

  1. "Tiada orang yang merancang untuk gagal, tapi kita gagal untuk merancang" -tak ingat sape sasterawan org inggeris yg kata-

    act,ade kaitan ke?huhu :D

    ReplyDelete