Sunday 11 May 2014

SAYA part 2

Assalamualaikum,
haa jawab salam dulu...

1- Drama kelas

Sem lepas kitorang ada satu subjek ni nama dia Foundation in English. Belaja pasal english lah hehe.. ade oral test and and the end of the sem ada kena perform drama depan semua orang yang lecturer tu ajar. Nama lecturer tu madam Azu. She was a very cool lecturer. Sangat-sangat gila and open minded.And she's very young. Yang best nya pasal madam Azu ni dia suka benda yang spontan. Oral 1st kitorang dia bagi tajuk 5 minit before perform kat depan kelas. Oral 1st haritu dia bagi satu scene pastu kita kena lakonkan. Kitorang dapat soalan pasal husband and wife gaduh. Tajuk dia pun kelakar kan? Kita dapat watak mum . Kawan kita nama mimi jadi dad, Ila jadi anak , Hajar jadi anak  and Fara jadi perempuan simpanan.haha...
lawak gila..lain yang kitorang bincang time 5 mimit tu lain yang jadi sebab tak sempat nak bincang plot cerita betul2 sebab 5 minit je ..tu pun sempat bincang watak apa...sumpah lawak...

Pastu cukup je 5 minit, kitorang pun pergi depan kelas dengan nerbes tahap max...pura2 tenang..mula2, scene kita dengan sorang anak kita tu tengah sembang2..time tu tahape2 tah..anak kita tanya mum what r u doing and kita jawab tengah masak..ketaq lutut... pastu scene husband kita dengan perempuan simpanan  dia berdua-duaan...pastu anak kita lagi sorang ternampak..dia cakap camni..eh thats my dad..take picture..haha anak dia amek gamba ayah dia n perempuan lain...

Pastu balik rumah anak kita tu cerita kat kita pasal apa yang dia nampak pastu kita tengok gamba yang anak kita tunjuk...kita cakap OMG pastu buat2 macam pegang jantung..buat2 nak pengsan...satu kelas gelak gila terbahak2 pasrt kita cakap omg..sebab kita buat muka time tu pastu kita sebut satu satu.. O....M...G..
pastu tiba2 husband kita balik kerja...kita cakap kat anak2 kita pretend that we didnt know..pastu kita pun sambut kepulangan suami kita..kita bagi dia makan...pastu anak kita yang tangkap gamba suami kita curang tu datang kat husband kita bawak kamus..konon2 nak tanya soalan..pastu dia tanya beberapa perkataan tapi belum sempat suami kita nak jawab..dia tanya soalan lain..haha..n perkataan last dia tanya is apa maksud lie...haha..english broken time tu sebab spontan habis..pastu suami kita terkelu..tiba2 perempuan simpanan tu datang n said to suami kita yang beg dia ke phone dia tah tertinggal...

Pastu kita pun marah lah suami kita n perempuan tu...maka berlakulah adegan jerit marah2 dalam kelas.. kita marah perempuan tu n husband kita..anak2 kita backup kita..husband kia backup perempuan tu...pastu kan secara tak sengaja anak kita yang sorang tu terTAMPAR muka perempuan tu BETUL_BETUL okay...ketepek sebijik..perghhh..dengan kita-kita sekali terdiam. Pastu adegan bunuh membunuh..kita amek pisau kita tikam perempuan tu..perempuan tu tikam anak kita..pastu sape tah lagi yang mati..lawak gila..pastu ending dia kita cakap at the end perempuan tu jadi hantu n bunuh kita...pastu the end...kitorang dapat tepukan gemuruh..

Pastu at the end class, madam bagitau markah..i got the highest mark..n overally our group yang paling kelakar n mengarut..haha..kawan kita yang tertampar tu rasa bersalah gila dengan yang ditampar..sian dia..
So sejak dari oral tu lah saya yang kurang cakap dengan classmate saya yang lelaki dah mula boleh masuk..act tak kira lelaki or perempuan...

2- Drama performance

Pastu kitorang ade drama betul2 akhir sem lepas. Mula2 kitorang buat cerita pasal lain..kawan saya yang mula2 dia director yang buat skrip. Tapi skrip kitorang agak berat n susah nak dilakonkan. Pastu saya sebagai co-director bagi idea...n kitorang 2 buat skrip sama2..dia tu terel english...idea saya bagi saya tulis kat kertas..ayat simple2 n theme kitorang kene comedy..so saya kene pikir plot cerita yang kelakar. Pastu saya pass kertas dialog tu kat kawan saya dia type n betulkan english saya yang broken tu. Kitorang selalu berlatih malam2..Alhamdulillah group saya saya dapat yang gila2 n baik belaka...salunya saya yang lead n saya hafal semua dialog orang lain cause im the one who wrote that..kinda proud bout that..Alhamdulillah..

Pastu tibalah hari performance...kitorang pun perform drama kitorang..ramai la kata best sebab lawak.. part saya paling lawak dorang kata..cerita kitorang entitle TEEN TROUBLE...ada gabungan cerita..dadah n pusher dadah, pregnant without marriage, bunuh diri n bersekedudukan...saya punya part bersekedudukan..part saya dengan sorang classmate saya nama dia Farid..macam Farid 5 Firdaus?? tak langung..haha gurau je..Farid ni gila sikit sebab tu saya letak watak ni untuk dia,,mula2 saya taknak pegang watak ni pastu kawan saya kata saya je yang boleh bawak watak ni..konon..dalam part kitorang ade scene farid ni suruh saya masak pastu saya masakkan untuk dia..pastu hangus..ade scene letupan..saya baling sayur secara tak sengaja tepat kene muka farid. sumpah lawak gila..saya dah kopek dah sayur yang nak dibaling, tapi sebab kelam kabut saya terbaling sayur seikat,,dahlah sayur tu gemuk..mana tak gelan semua penonton...heeee

Pastu banyak lagi scene yang kelaka yang tak disengajakan dalam drama kitorang,unplanned..yang bunuh diri tu pisau terbalik lah..beg tersangkut kat kerusi n macam2 lagi..

Dalam drama ni lah saya menang best actress..heee,,malu actually..

3-Oral 2nd

Sepatutnya saya cerita oral ni dulu before drama but terlupa.hee..oral 2nd ni pun spontan..pergi kat depan kelas n cabut satu tajuk.saya dapat tajuk Superhero that i admired. Saya pun bantai je..saya cakap saya pilih superman sebab 1st saya suka tengok lelaki handsome, 2nd sebab kalau takde superman takkan ada spiderman keluangman semua tu..3rd sebab apatah...haha..conclusion saya cakap jomlah minat superman macam saya n when u watch superman please remember me as well...haha apa punya ending da..yang ni markah saya antara yang highest sebab dorang gelak...heee

Madam Azu ni jenis lecturer yang suka di impress..kita kene buat rare baru dia suka..best belaja dengan dia..

that's all for today. Sorry if u cant understand. hard to write it down.
lots of love,Hidayah Idris
to my Asma Mardhiah sayang
Wasalam...





Friday 9 May 2014

SAYA part 1

Bismillah,
Assalamualaikum,
ha jawab dulu salam saya...

1-Semester 2

Hurmm, saya masuk Unikl micet ni kan bulan 6. Bulan 6 sampai bulan 8 last year should be my first sem here and called as short semester. Dan bulan 9 till january 2014 sepatutnya second semester. Dan bulan February till June 2014 sepatutnya jadi semester 3. Tapi disebabkan ada penukaran jadual pembelajaran short sem dan sem 2 digabung menjadi sem 1 dan sekarang saya berada dalam sem 2. So tahun saya ambil diploma ni menjadi 3 tahun. Kadang-kadang saya sedih sebab saya rasa lambat sangat saya habis belaja tapi in sya Allah, saya tahu mesti ada hikmah disebalik semua ni...kan awak?

2- Rumah sewa

Dalam sem 2 ni, yakni sekarang, saya duduk luar.Duduk rumah sewa atas kemahuan diri dan terpengaruh dengan senior dan kawan-kawan.. haha...agak kelakar di situ.. dalam rumah ni ada 5 orang termasuk saya. perjalanan dari rumah ke Micet ( cara sebut : mai - set ) adalah lebih kurang 5 minit lebih kuranglah.. dan dalam rumah ni 2 orang je course sama yang lain semua lain.. kat Micet semua sama Chemical Engieering tapi terbahagi kepada 5 bahagian kecil iaitu Process ( saya amek process) , Food , Bio process , Polymer dan Environment. Lain course selalunya lain kelas.

3- Geng Spc

Dalam batch saya ade 3 kategori. Spc ( skim pelajar cemerlang, kot lah,saya pun tak sure spc stand untuk apa) , Spt dan PTPTN. Spc ni kebanyakn yang spm dia okay, from mrsm or sekolah elit lah senang cerita. Spt budak-budak biasa tapi ramai je dari mrsm dan sbp. PTPTN kebanyakan orang india ataupun mereka yang tidak memohon pinjaman mara. HA, satu info pasal micet, tiap2 bulan mara bagi duit belanja.. kira untung gak lah duduk unikl heee.. saya salah sorang budak spc..batch kamia da dalam 100 lebih orang dan hanya ada 17 orang spc. saya tak sure lah batch saya 100 ke 200..heee .. orang selalu anggap budak-budak spc ni pandai2 belaka..itu hanyalah anggapan.. dalam course process ade 5 orang spc. 4 gugurls and 1 lelaki dan kami semua ni sangat sangat rapat termasuk yang lelaki tu...

4- W 2529 G

ha ni number plate myvi purple saya..ayah dan mama saya bagi hadiah...hee..saya pernah accident masuk longkang.bumper kereta kemek...time tu saya rasa bersalah n saya nangis gila-gila punya gila. haha..time tu awal februari masa first week sem 2 ni.. saya sorang je dalam rumah sewa ni ada kereta.so kadang2 dorang pergi dengan saya...heee

5-kenaikan berat badan melampau

ha..seperti yang awak lihat kat video..itu lah saya sekarang...aduii..saya lately banyak stay up pastu lapar pastu saya makan pastu ikut suka hati pastu saya mengalami masalah perut bocor berpanjangan pastu saya TEMBAM yang terpaling amat okay...hee. saya cuba turunkan balik tapi nantilah bila saya dah kuat,hee


okay sampai sini sahaja..sebab saya dah ngantuk..heee baru lah suspen kalau ade sambung sambung ni..
ingat tak lagi kat surau time sebelum maghrib kita buat kita santau dia sampai mati..heee

sekian sahaja, lots of love, daie idris
to layyinul harir saya...
wasalam.





Friday 15 March 2013

MAAF 21st generation!saya tak pergi pon PLKN!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Jangan lupa jawab salam,huh!

"perhatian kepada wirawati yang disebutkan nama sebentar lagi,sila pergi ke bilik medic"
"......Nur Hidayah Idris...."

"Anda semua ni dipanggil sebab laporan medical tak lengkap.Harini kita ada doktor dari luar nak buat pemeriksaan kesihatan"

Beberapa minit kemudian.

"Awak pernah kemalangan?",doktor bertanya.
"tak",jawabku.
"Awak ada alergi apa-apa tak"
"takde kot.Pso****** je lah"
"Ha?Awak ada Pso****** ke?kat mana,teruk tak?",bertubi-tubi doktor tanya.
"Kat situ,sini,...."
" Kenapa tak cakap awal-awal?Kenapa tak buat medical checkup sebelum datang plkn?"
"dah pergi dah,doktor tu suruh buat time kem"
"Oklah,saya nak check awak.Tolong masuk bilik khas tu"

Selepas doktor dah check.

"Awak punya Pso****** tu dah teruk.Tak boleh biar.Macamnilah,saya bagi awak pengecualian"
"WHAT(dalam hati)!.Takpelah doktor,saya boleh tahan lagi ni.Saya ada ubat"
"tak boleh.tak boleh!Nanti dah teruk-kang,susah kami.Kenapa?dah sayang kawan-kawan kat sini ke?"
"betul.Saya boleh tahan.Tak lah teruk mana"
"saya dah sain borang pengeculian plkn awak.Nanti saya bagi kat pejabat.Petang ni call mak awak suruh amek eh?"

Keluar dari bilik medic.

Air mataku mengalir.Tak tahu kenapa tak nak tinggalkan Kem PLKN Sinaran Suria ni.Padahal dulu, siap kutuk lagi.

So thats the story.Sorry girls for keeping this as a secret.For 21st generation of Sliss,I'm extremely sorry!!
Biyanne!Asif jiddan~~

Terima kasih kepada semua yang wish luck sebelum kita pergi plkn dan semasa.Terima kasih jugak kepada yang rindu kita(perasan).PLKN taklah seteruk yang disangka.Betul cakap korang,kita belajar banyak perkara walaupun baru seminggu.So:

Kita sayang korang semua!Kucing pon kita sayang(lah sangat)!

Wasalam.Sesiapa yang marah,tolong bagitau,nanti kita bagi hadiah.




Sunday 10 March 2013

Pertandingan hafazan kategori DEWASA!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
tak jawab dosa,huh!

Pada suatu hari,seorang dewasa wanita yang berumur 17 tahun 2 bulan telah menyertai sebuah pertandingan hafazan.Ini semua atas desakan ibunya.Bukan kehendak dirinya.Kerana dia tahu suaranya mampu menggegarkan dunia-menghadirkan ribut.Tetapi dia terima atas alasan tak salah aku cuba,inikan perkara baik dan berpahala.

Undian kelapan dari sepuluh peserta yang sepatutnya hadir.Namun menjadi undian ke-6.Kerana peserta-peserta yang tidak hadir.Mungkin tak jumpa jalan.Mungkin nama mereka hanya hiasan untuk memenuhkan borang.Surah Al-Insaan ayat 17-33 menjadi hafalan.Tersemat di dada wanita itu.Berdebar.Takut. Perasaan itu menemaninya waktu menunggu giliran.

Peserta pertama seorang wanita veteran yang tidak diketahui umurnya.Tidak pula ditanya tentang itu.Soal umur ini agak sensitif bagi kaum hawa.Ya kah?Suara peserta sulung itu lantang.Ada juga tersekat.Tetapi secara keseluruhannya boleh-lah,kata orang muda.Peserta kedua juga begitu.Bersuara lantang.Begitu juga yang ketiga dan seterusnya.Wanita dewasa 17 tahun 2 bulan itu keliru.Perlukah aku melantangkan suaraku.
Ah!yang penting hafaz bukan suara.Wanita itu menbuat konklusinya sendiri.

"dijemput peserta yang mendapat nombor lapan"

Dialah wanita dewasa itu.Berjalan dengan penuh yakin ke sebuah meja kosong.Tempat peserta diuji.Hakim kelihatan terkejut.Mungkin wanita itu terlalu cantik?tidak mungkin.Mungkin mereka kira wanita itu tersalah kategori.(kategori sekolah rendah di blok seberang,dik)

Dengan lafaz basmallah,mulutnya dibuka.Suaranya keluar tanpa dilihat.Maklumlah,suara itu abstrak.Anda bisa melihat suara?kalau anda boleh,sila banyakkan doa.Sebelum 'benda-benda' lain yang tidak terlihat tetapi anda sebaliknya.Nauzubillah.Suara hanya boleh didengar.Kan?Bacaan ayat suci surah al-insaan itu lancar dibaca oleh wanita itu.Alhamdulillah.Setelah selesai:

"nombor satu,dua atau tiga,akulah tu",terdetik di fikiran wanita itu yakin.

Mungkin semua peserta lain diberhentikan bacaan mereka oleh juri kerana terdapat kesalahan.Keyakinan wanita itu hadir dengan 'ke-sya-syu-lan' peserta lain.

Detik yang dinanti tiba jua.Acara penyampaian hadiah.Tempat kelima menjadi milik wanita itu.Kecewa.Tidak adil.Pengacara majlis salah baca.Juri salah kira.Alasan-alasan ini berlegar-legar di kepala.Namun apakan daya,ayat cliche, keputusan juri adalah muktamad.

Pertandingan hafazan adalah sebuah pertandingan.Suara.Fasih.Banyak faktor diambil kira.

Shift the blame to someonelse.Itulah yang kita lakukan.Selalunya.Bila apa yang kita mahu,tidak dapat dipenuhi.

Moral of the story:sometimes we think that we are well prepared,we will be alright,we will be fine,nothing gonna happen to us,but suddenly,when our plan doesnt happen according to the plan...our patience are fully tested!

Thats make us a human.Wasalam.




Friday 1 February 2013

Pesan Ustaz Zaharudin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
(tak jawab dosa),
sapo kenai ustaz zaharudin?
satu hari,cheq dok dengaq kuliah diya,dia dok habaq pasai dulu diya belajaq untuk mengajaq dan sebab tu lah diya lebih paham apa yang diya belajaq kat kelaih.
cheq sangat setuju dengan statement beliau ni,lepas hari ini.Pasaipa?
Sebab hari ni saya kongsi kefahaman add math dengan adik-adik yang dah menikamti hidup selama 16 tahun...echehh!
Seriously,siap prepare dari  pukul 11.30 camtu sampai nak dekat pukul 3 pm.Ecehh!Practise cakap,bayangkan tengah cakap kat depan sambil tangan memegang marker pen.Ecehh!
Nasib baik sorang je,add math tu,ingat senang ke nak faham?lagi-lagi nak bagi orang faham.
Dulu time kat kelas(time muda-muda dulu),faham ke tak faham ke,ada aku kesah?
La ni,aku dah tau macam mana cikgu dok ajaq kat depan kelaih dengan harapan anak murid dia faham,betapa hebat pengorbanan guru,saya sayang cikgu(katakanlah!).

Tetapi,beberapa minit sebelum mereka yakni anak murid(echehh),tiba-tiba ayahanda habaq mai ada beberapa orang,teruih cheq call bonda.
''ma,berapa orang datang''
''2,3 orang kot'',bonda replied.

Sumpah terus pucat dan menggeletaq lutut.Ku panjatkan doa kepada Ilahi dan tak lupa nasihat bro Hadi,hantar energy,hantar energy!

Sedar tak sedar dari pukul 3 petang dah jadi 5.45...Alhamdulillah.Extremely rindu nak belajar add math lagi dengan Mr.Rozai!Harap-harap dorang faham.Amin.
*tiba-tiba teringin nak jadi warga pendidik*
ecehh!



Sunday 20 January 2013

over nye!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
PLKN?
Satu hari di bulan Ramadhan yang menyayat hati,27 Julai 2012,Jumaat.Haritu tak tau kenape rase macam letih+penat+tak bermaya...Pagi-pagi tu,Si ketua kelas,Mr N,dah kecohkan kelas pasal keputusan plkn dah keluar.Hatiku berdetak-detak tidak sedap hati
okay,relax,relax...
Aina Z pulak semangat gile..
Pagi-pagi,subjek PQS,biyanne ustaz,ketiduran pula,nyenyak pulak tu..Kitorang bagi ic kat Aina,then die pergi bilik ekses.Pastu BM,sambung presentation rumusan,lepaih tampal kertas mahjung kat depan kelas,i went back to my seat but suddenly Aina said:
''Daie!Tahniah!''
I could only buat muka blur.Dalam hati:
''Ape bende lah die ni''
Langsung tak terlintas ape-ape time tu.
''Daie dapat plkn''
I was:OH MY Allah!terduduk terus,darah ibarat tersekat untuk sampai ke cell badan.Diffusion proses kat alveoli tak boleh berlaku dengan efficient sebab terkejut yang amat.Mood yang pada mulanya di tahap medium nak ke bad terus merundum jatuh ke tahap negative mood...it was bad...extremely!Kelaih pon ape lagi,KECOH!I didnt said a word pon,just diam-and diam,nak nanges..tahan..tahan..tahan,bear it,tak malu ke nanges sebab bende ni? 

Tiba-tiba,sot Eefa datang and said:
''kite punye rumusan tak siap lagilah,soalan pemahaman (b) and (c) tak buat lagi''
I pandang depan ke white board,kumpulan lain semua buat soalan (b) and (c)
''tapi cekgu cakap buat (a) je kan?'',I replied.
''tak,(b) dengan (c) sekali''
I terus duduk,BENGANG,Eefa pun duduk,takut kot...
Then,I muhasabah diri sebentar:
''kesian Eefa,die pulak yang kene'',I murmured.
Pastu,I pergi belakang kelas and ambek kertas mahjung baru-ajak Eefa buat same-same,siap jugak walau tulisan huduh dalam beberapa minit tu.

Time rehat,dorang were making fun of me!Dorang nyanyi lagu plkn..then,I pura-pura jugak senyum,sampai satu tahap tu dah tak tahan.Pastu grup Didi,Chipi and Eefa cakap ape tah sampai I terjerit dengan nada marah:
"diamlah!''
pastu terus pergi ladies.HUH!bengang!Baru nak keluar dari pintu to-oi ke koridor,Eefa datang n said sorry and I said takdepape,saje buat emotional,just rimaslah orang yang tak dapat plkn ni bising-bising,Eefa rase guilty kot sebab time I jerit tu nada marah gile kot...biyanne~

Pastu,BI,ada discussion about literature-takde mood jugak walau ni subjek favourite.Amni pon same. Persamaan kami:takde mood aka bad mood,sebab tu kami banyak diam.Perbezaan kami:Amni sedih sebab tak dapat plkn and I vice versa.

Then,PSI pun biasa-biasa je,I said tak nak,benci,benci...
Amni:
''takpelah,pengalaman,memanglah nanti sosial tapi tulah kat u nanti,dengan plkn ni taklah terkejut sangat kat u nanti''
Sepanjang-panjang my classmate present kat depan tu tak paham satu bende pon.I really really want to cry!
Asal jumpe kawan-kawan tepi kelas,bilik prep...semua cakap tahniah.
''is my world gonna end like this?''