Friday, 15 March 2013

MAAF 21st generation!saya tak pergi pon PLKN!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Jangan lupa jawab salam,huh!

"perhatian kepada wirawati yang disebutkan nama sebentar lagi,sila pergi ke bilik medic"
"......Nur Hidayah Idris...."

"Anda semua ni dipanggil sebab laporan medical tak lengkap.Harini kita ada doktor dari luar nak buat pemeriksaan kesihatan"

Beberapa minit kemudian.

"Awak pernah kemalangan?",doktor bertanya.
"tak",jawabku.
"Awak ada alergi apa-apa tak"
"takde kot.Pso****** je lah"
"Ha?Awak ada Pso****** ke?kat mana,teruk tak?",bertubi-tubi doktor tanya.
"Kat situ,sini,...."
" Kenapa tak cakap awal-awal?Kenapa tak buat medical checkup sebelum datang plkn?"
"dah pergi dah,doktor tu suruh buat time kem"
"Oklah,saya nak check awak.Tolong masuk bilik khas tu"

Selepas doktor dah check.

"Awak punya Pso****** tu dah teruk.Tak boleh biar.Macamnilah,saya bagi awak pengecualian"
"WHAT(dalam hati)!.Takpelah doktor,saya boleh tahan lagi ni.Saya ada ubat"
"tak boleh.tak boleh!Nanti dah teruk-kang,susah kami.Kenapa?dah sayang kawan-kawan kat sini ke?"
"betul.Saya boleh tahan.Tak lah teruk mana"
"saya dah sain borang pengeculian plkn awak.Nanti saya bagi kat pejabat.Petang ni call mak awak suruh amek eh?"

Keluar dari bilik medic.

Air mataku mengalir.Tak tahu kenapa tak nak tinggalkan Kem PLKN Sinaran Suria ni.Padahal dulu, siap kutuk lagi.

So thats the story.Sorry girls for keeping this as a secret.For 21st generation of Sliss,I'm extremely sorry!!
Biyanne!Asif jiddan~~

Terima kasih kepada semua yang wish luck sebelum kita pergi plkn dan semasa.Terima kasih jugak kepada yang rindu kita(perasan).PLKN taklah seteruk yang disangka.Betul cakap korang,kita belajar banyak perkara walaupun baru seminggu.So:

Kita sayang korang semua!Kucing pon kita sayang(lah sangat)!

Wasalam.Sesiapa yang marah,tolong bagitau,nanti kita bagi hadiah.




Sunday, 10 March 2013

Pertandingan hafazan kategori DEWASA!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
tak jawab dosa,huh!

Pada suatu hari,seorang dewasa wanita yang berumur 17 tahun 2 bulan telah menyertai sebuah pertandingan hafazan.Ini semua atas desakan ibunya.Bukan kehendak dirinya.Kerana dia tahu suaranya mampu menggegarkan dunia-menghadirkan ribut.Tetapi dia terima atas alasan tak salah aku cuba,inikan perkara baik dan berpahala.

Undian kelapan dari sepuluh peserta yang sepatutnya hadir.Namun menjadi undian ke-6.Kerana peserta-peserta yang tidak hadir.Mungkin tak jumpa jalan.Mungkin nama mereka hanya hiasan untuk memenuhkan borang.Surah Al-Insaan ayat 17-33 menjadi hafalan.Tersemat di dada wanita itu.Berdebar.Takut. Perasaan itu menemaninya waktu menunggu giliran.

Peserta pertama seorang wanita veteran yang tidak diketahui umurnya.Tidak pula ditanya tentang itu.Soal umur ini agak sensitif bagi kaum hawa.Ya kah?Suara peserta sulung itu lantang.Ada juga tersekat.Tetapi secara keseluruhannya boleh-lah,kata orang muda.Peserta kedua juga begitu.Bersuara lantang.Begitu juga yang ketiga dan seterusnya.Wanita dewasa 17 tahun 2 bulan itu keliru.Perlukah aku melantangkan suaraku.
Ah!yang penting hafaz bukan suara.Wanita itu menbuat konklusinya sendiri.

"dijemput peserta yang mendapat nombor lapan"

Dialah wanita dewasa itu.Berjalan dengan penuh yakin ke sebuah meja kosong.Tempat peserta diuji.Hakim kelihatan terkejut.Mungkin wanita itu terlalu cantik?tidak mungkin.Mungkin mereka kira wanita itu tersalah kategori.(kategori sekolah rendah di blok seberang,dik)

Dengan lafaz basmallah,mulutnya dibuka.Suaranya keluar tanpa dilihat.Maklumlah,suara itu abstrak.Anda bisa melihat suara?kalau anda boleh,sila banyakkan doa.Sebelum 'benda-benda' lain yang tidak terlihat tetapi anda sebaliknya.Nauzubillah.Suara hanya boleh didengar.Kan?Bacaan ayat suci surah al-insaan itu lancar dibaca oleh wanita itu.Alhamdulillah.Setelah selesai:

"nombor satu,dua atau tiga,akulah tu",terdetik di fikiran wanita itu yakin.

Mungkin semua peserta lain diberhentikan bacaan mereka oleh juri kerana terdapat kesalahan.Keyakinan wanita itu hadir dengan 'ke-sya-syu-lan' peserta lain.

Detik yang dinanti tiba jua.Acara penyampaian hadiah.Tempat kelima menjadi milik wanita itu.Kecewa.Tidak adil.Pengacara majlis salah baca.Juri salah kira.Alasan-alasan ini berlegar-legar di kepala.Namun apakan daya,ayat cliche, keputusan juri adalah muktamad.

Pertandingan hafazan adalah sebuah pertandingan.Suara.Fasih.Banyak faktor diambil kira.

Shift the blame to someonelse.Itulah yang kita lakukan.Selalunya.Bila apa yang kita mahu,tidak dapat dipenuhi.

Moral of the story:sometimes we think that we are well prepared,we will be alright,we will be fine,nothing gonna happen to us,but suddenly,when our plan doesnt happen according to the plan...our patience are fully tested!

Thats make us a human.Wasalam.




Friday, 1 February 2013

Pesan Ustaz Zaharudin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
(tak jawab dosa),
sapo kenai ustaz zaharudin?
satu hari,cheq dok dengaq kuliah diya,dia dok habaq pasai dulu diya belajaq untuk mengajaq dan sebab tu lah diya lebih paham apa yang diya belajaq kat kelaih.
cheq sangat setuju dengan statement beliau ni,lepas hari ini.Pasaipa?
Sebab hari ni saya kongsi kefahaman add math dengan adik-adik yang dah menikamti hidup selama 16 tahun...echehh!
Seriously,siap prepare dari  pukul 11.30 camtu sampai nak dekat pukul 3 pm.Ecehh!Practise cakap,bayangkan tengah cakap kat depan sambil tangan memegang marker pen.Ecehh!
Nasib baik sorang je,add math tu,ingat senang ke nak faham?lagi-lagi nak bagi orang faham.
Dulu time kat kelas(time muda-muda dulu),faham ke tak faham ke,ada aku kesah?
La ni,aku dah tau macam mana cikgu dok ajaq kat depan kelaih dengan harapan anak murid dia faham,betapa hebat pengorbanan guru,saya sayang cikgu(katakanlah!).

Tetapi,beberapa minit sebelum mereka yakni anak murid(echehh),tiba-tiba ayahanda habaq mai ada beberapa orang,teruih cheq call bonda.
''ma,berapa orang datang''
''2,3 orang kot'',bonda replied.

Sumpah terus pucat dan menggeletaq lutut.Ku panjatkan doa kepada Ilahi dan tak lupa nasihat bro Hadi,hantar energy,hantar energy!

Sedar tak sedar dari pukul 3 petang dah jadi 5.45...Alhamdulillah.Extremely rindu nak belajar add math lagi dengan Mr.Rozai!Harap-harap dorang faham.Amin.
*tiba-tiba teringin nak jadi warga pendidik*
ecehh!



Sunday, 20 January 2013

over nye!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
PLKN?
Satu hari di bulan Ramadhan yang menyayat hati,27 Julai 2012,Jumaat.Haritu tak tau kenape rase macam letih+penat+tak bermaya...Pagi-pagi tu,Si ketua kelas,Mr N,dah kecohkan kelas pasal keputusan plkn dah keluar.Hatiku berdetak-detak tidak sedap hati
okay,relax,relax...
Aina Z pulak semangat gile..
Pagi-pagi,subjek PQS,biyanne ustaz,ketiduran pula,nyenyak pulak tu..Kitorang bagi ic kat Aina,then die pergi bilik ekses.Pastu BM,sambung presentation rumusan,lepaih tampal kertas mahjung kat depan kelas,i went back to my seat but suddenly Aina said:
''Daie!Tahniah!''
I could only buat muka blur.Dalam hati:
''Ape bende lah die ni''
Langsung tak terlintas ape-ape time tu.
''Daie dapat plkn''
I was:OH MY Allah!terduduk terus,darah ibarat tersekat untuk sampai ke cell badan.Diffusion proses kat alveoli tak boleh berlaku dengan efficient sebab terkejut yang amat.Mood yang pada mulanya di tahap medium nak ke bad terus merundum jatuh ke tahap negative mood...it was bad...extremely!Kelaih pon ape lagi,KECOH!I didnt said a word pon,just diam-and diam,nak nanges..tahan..tahan..tahan,bear it,tak malu ke nanges sebab bende ni? 

Tiba-tiba,sot Eefa datang and said:
''kite punye rumusan tak siap lagilah,soalan pemahaman (b) and (c) tak buat lagi''
I pandang depan ke white board,kumpulan lain semua buat soalan (b) and (c)
''tapi cekgu cakap buat (a) je kan?'',I replied.
''tak,(b) dengan (c) sekali''
I terus duduk,BENGANG,Eefa pun duduk,takut kot...
Then,I muhasabah diri sebentar:
''kesian Eefa,die pulak yang kene'',I murmured.
Pastu,I pergi belakang kelas and ambek kertas mahjung baru-ajak Eefa buat same-same,siap jugak walau tulisan huduh dalam beberapa minit tu.

Time rehat,dorang were making fun of me!Dorang nyanyi lagu plkn..then,I pura-pura jugak senyum,sampai satu tahap tu dah tak tahan.Pastu grup Didi,Chipi and Eefa cakap ape tah sampai I terjerit dengan nada marah:
"diamlah!''
pastu terus pergi ladies.HUH!bengang!Baru nak keluar dari pintu to-oi ke koridor,Eefa datang n said sorry and I said takdepape,saje buat emotional,just rimaslah orang yang tak dapat plkn ni bising-bising,Eefa rase guilty kot sebab time I jerit tu nada marah gile kot...biyanne~

Pastu,BI,ada discussion about literature-takde mood jugak walau ni subjek favourite.Amni pon same. Persamaan kami:takde mood aka bad mood,sebab tu kami banyak diam.Perbezaan kami:Amni sedih sebab tak dapat plkn and I vice versa.

Then,PSI pun biasa-biasa je,I said tak nak,benci,benci...
Amni:
''takpelah,pengalaman,memanglah nanti sosial tapi tulah kat u nanti,dengan plkn ni taklah terkejut sangat kat u nanti''
Sepanjang-panjang my classmate present kat depan tu tak paham satu bende pon.I really really want to cry!
Asal jumpe kawan-kawan tepi kelas,bilik prep...semua cakap tahniah.
''is my world gonna end like this?''